Shopee Tips: Cara Nak Return/Refund Barang di Shopee

Salam korang, apa khabar semua? Hope all dalam keadaan sihat2 hendaknya ye.

Baik, entry kali ni aku nak share sikit tips panduan bershopping di Shopee.com cara-cara macam mana kalau parcel yang korang order tu sampai dengan cacat cela, kemek, terburai isi perut semua kan.. Nak klik 'Order Received' gak ke?? Pastu rate seller yang bukan2 sampai shopee hide komen korang??

Ok lah, sebenarnya korang ada pilihan. Bila parcel tu sampai dengan tak memuaskan hati naluri korang, korang boleh utk pilih nak redho terima je ATAU nak return & get money refund back. Haaaa... Boleh dapat duit balik??

Yes, boleh kalau korang di tempat yang benar 😁. Jom aku tunjuk kan cara-cara nya;

1. Login ke shopee korang & pergi ke klik 'To Receive', kan kat sini korang akan nampak ape barang yang korang beli tu. Ok, check mana 1 barang yang tally dengan barang yang sampai tu. Jangan salah pulak. Aku tahu kaki shopping online ni slalu beli banyak2 & skali sampai berkoyan-koyan. Hehee..
2. Masa korang klik tadi tu, korang akan nampak macam dalam gambar ni, dalam otak korang mesti dah nak klik 'Order Received' pastu nak rate & collect coin kann..
Haaa, please jangan buat itu untuk barang yang korang rase tak puas hati. Korang diberi pilihan sebenarnya untuk klik 'Return/Refund' tapi ada several step sikit lah yang korang kena buat untuk bantu sendiri dapat balik duit korang. 

Macam aku, aku akan fight habis2 sebab duit aku kot. Dah lah barang order indah khabar dari rupa..ko rase? Dah next.. 

Confirm tak nak barang yang sampai tu? Tak rela? Ok proceed, klik 'Return/Refund'.

3. Korang pilih lah yang mana kena dengan kejadian barang korang. Barang tak sampai ke, tak cukup ke, salah barang ke, kerosakan fizikal pada barang ke macam kemek, calar, koyak yang kronik yang dah tak boleh nak nego ATAU barang korang tak function- slalu nya ni orang yang suka beli gadget/electrical item lah.

4. Ni contoh ye, aku nak bagi korang clear apa yang korang perlu buat. Lepas dah tahu apa reason tadi, korang klik kat reason tu & sertakan detail support- gambar barang yang rosak, chat history dengan seller (ni kalau korang ada inform seller yang korang dapat barang tak elok). Attachkan semua nya max. 3 gambar je ok. So pilih yang paling nampak rosak tu.

Lepas gambar, korang story lah sikit apa yang korang nak & extra reason why barang sampai tak elok. Kadang dented damage ni sebab seller simply wraping, tak letak Fragile sticker, tak cukup bubble wraping walaupun korang dah requested masa place order, seller tak buat quality checking, tak check betul2.. semua segala reason lah. Put it.

Solution tu korang boleh pilih nak Refund Only ATAU Returm and Refund. Ok, selalu nye kalau parcel tu dari seller local- korang klik lah yang Return and Refund & kalau seller dari overseas- korang klik Refund je sebab nak return macam mana jauh kan, kos tinggi KECUALI item tu dari overseas tapi handling 100% by shopee then klik Return and Refund.

Tick amount duit korang, cek balik lagi sekali & klik 'Submit'. Siap!! 
Seller akan dapat notification yang barang diorang ada problem & seller kena reply 3 days dari date korang buat request tu.

Ok.. Setakat ni dulu lah. Lepas tu apa jadi?? Korang follow je apa instruction dari shopee & pantau apa seller akan reply. Ada seller yang Ok- terus approved request korang & korang buat next step tapi ada jugak seller yang Refuse- tak nak kalah, haaa.. yang ni korang kena fight sampai kemenangan & kebenaran jadi milik korang bersaksikan shopee dispute team yang handle kes korang. Aku selalu win part ni. Rase macam naik court dah. Apa pun sebagai buyer korang ada hak tu, gunakan jangan malas ok. Fight for your money back. Duit korang kot.. seposen dua ok lah klu dah smpai ratus2 ??

So penting ye korang tahu macam mana nak dapatkan balik duit korang.

Selamat bertugas bagi shopper2 online yang bekerja tu.

Bye 👋👋

Comments