Pengalaman Positif Covid-19 😅

    Alhamdulillah aku masih diberi nikmat hidup yang sihat walaupun sekarang ni satu dunia duk hadap perang virus yang ganas iaitu Covid19. Aku yakin semua orang dan maklum mengenai Covid19 ni yang juga terkanal sebagai pandemik koronavirus atau wabak koronavirus 2019 yang sedang berlaku secara global berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan Disember 2019 di bandaraya WuhanHubeiChina, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. (Sumber dari: wikipedia.org)

Nak dijadikan cerita aku salah sorang yang terpilih dalam menyumbang angka peningkatan jumlah pesakit yang positif Covid19 ni.. Hehehe.. Sebab sebelum ni duk tengok je dalam tv orang kena covid, kali ni sendiri pulak yang kena tempias.. Ishhh..

Haa..mula2 sekali terkena ni disebabkan sorang yang positif dah ditahan kat hospital, sebagai langkah keselamatan kitorang disaring secara menyeluruh lah. Aku tak ingat jumlah keseluruhan tu berapa tapi result yang positif ade dalam 100 lebih orang termasuklah aku ni..alahaii.. Rupanya covid tu dah membiak dikalangan kitorang dah pun.

    Apa perasan bila disahkan positif covid?

Swab test dibuat pada 4/11/2020 dan hasil keputusan aku pada petang 6/11/2020 tu negatif diawalnya tapi since based on reading aku tu kat boarder line so KKM mintak buat re-test (guna sample yang sama). Hasil re-test tu.. jenggg...jengg.. jengggg.. Aku is positif covid petang 7/11/2020 Huhuuhuu.. Macam tak percaya je kan? Pastu mula lah buat acah2 gelabah kan, pakai mask, menjauh diri dari ahli family yang lain sementara tunggu ambulance datang pick up ni. Time tu dah siap kemas2 tunggu sampai malam pun tak sampai2 gak ni.. Nampak excited tu nak naik ambulance...adehhh.. 

    Pastu??

Aku selamat check-in Hospital Rembau on subuh time 8/11/2020 tu.. Pengalaman naik ambulance dan singgah transit jap, last2 frontliner hantar naik van ke Rembau. 

    Apa jadi lepas tu?

Since aku antara yang positif covid19 tanpa simptom2 covid, so doktor buat blood test & x-ray nak tengok ada apa2 yang abnormal tak. Doktor cakap kalau result darah OK, so tu sekali je buat, tapi klu KO- diorang akan ambik darah berulang. Berdoa jugak dalam hati supaya baik2 je kan.. Positive mind set sangat. Aku tak rasa aku sakit walaupun dah terbukti aku positif.

Hasil bincang2 antara pakar, aku dan kengkawan lain terpilih untuk ditukarkan ke AIM kat Port Dickson, PD. Lega sangat cuma kena terus sihat je sampai day 14. Ok, part yang best on the way ke PD tu kitorang siap polis iring ni, nak laju kan. hahaha.. macam menteri2 gitu.. Sampai PD dalam maghrib dah. Staff KKM yang bertugas sangat lah chill tenang melayan kedatangan kitorang yang berpenyakit ni. Aku dapat bilik mengadap pantai..ala2 sea view gitu. 1 bilik lepak 3 orang (kami kenal antara 1 sama lain). Seronok lah bersembang malam tu, lama tak jumpa kan. Malam tu doktor buat interview sikit lah nak tahu macam mana boleh kena covid19 ni dengan detail2 lain.

Staycation- 6D5N 😱

Sepanjang aku kat PD tu, terasa rapat dengan Yang Maha Pencipta, Allah Yang Esa.. terasa sangat bila aku dapat solat diawal waktu, mengaji, buat solat2 sunat yang selama ni aku sikit abaikan dek kerana kesibukan seharian dan alasan penat lah..itu ini..aku manusia tak sempurna.. Rasa lapang sangat jiwa time tu, merasa me time yang Allah nak bagi tu. 

    Pada awalnya aku question gak, "Eh, kenapa aku yang positif?" Kesian family kena buat swab dengan ada anak kecik lagi kan. 

    Tapi bila aku review balik, Ya Allah “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?” (ar-Rahman: 13). 

Ya Allah, dalam ramai2 Kau pilih aku untuk merasa nikmat ini. Sungguh besar pemberianMu kepada aku ni yang bukan hamba Mu yang sangat setia. Tapi Kau masih ingat nak bagi aku merasa nikmat ni. Bersyukur sangat.. Aku positif covid19 tapi Allah tak uji aku dengan segala simptom yang aku duk dengar dan tengok kat tv tu, tapi yang aku alami macam satu refreshing kat diri aku untuk jadi aku yang lebih bagus lagi. Sungguh aku rindu kat encik Suami dan anak2 kat rumah tapi dalam masa yang sama aku sangat terkesan dengan kelapangan masa yang Allah dah aturkan cantik untuk aku saat tu.. Subhanallah..

Last day -14/11/2020

Hari yang juga ditunggu2 tapi sedih jugak sebab percuti tajaan penuh akan berakhir jua. So petang tu masing tunggu staff KKM call untuk maklumkan yang ko dah boleh discharge. Tunggu punya tunggu sampai dah malam, dah pudar harapan boleh balik hari tu. Adehhh.. Tup-tup salah sorang dari kitorang dapat call dan yang terkejutnya staff KKM tanya kenapa belum balik lagi?? Adoii dari pagi duk tunggu call tapi tak ada pun, dah malam baru lah cakap boleh balik dan mintak siap dalam 30 minit?? Laju nyerrr.. Aturan untuk aku balik tu sangat mudah dan aku selamat tiba kat rumah balik malam tu. Terlepas rindu kat ahli family semua. Terasa ada aura yang positif bila jejak ke rumah. Jiwa tenang damai je. Alhamdulillah anak2 pun aku perasan diorg lebih berlembut dalam bercakap. Harap ia kekal sampai bila2 lah. 

Inilah sikit sebanyak pengalaman yang aku lalui dan kini aku dah pun bebas Covid19. Family pun bebas Covid19. Bagi yang senasib dengan aku, korang jangan fikir buruk2, keep positif je..Yakin yang korang sihat sebenarnya.. Aku nak ucapkan jutaan terima kasih kat staff KKM yang banyak support & terima kasih atas layanan teramat baik sepanjang aku dibawah jagaan KKM.- Kat Rembau- makanan hospital & ward baru sangat- uniform baru selesa sangat pakai dan kat PD- makanan yang sedap2, bilik kemudahan semua terbaik- bilik ada kipas + aircond lagi tau + sea view 🏖. Frontliner KKM memang yang terbaik.. 👍👍👍


-Relax mood 🏖🏖🏖-


-Makan sedap weh 😋😋😋-

Tak lupa doakan jugak buat kengkawan yang terjejas teruk dek covid19 ni, moga2 ada sinar baru dihujung2 nanti.. Aminnn..

Check yours: Symptoms Covid19
#pengalamanpositifcovid19
#kkm #hospitalrembau



Comments