Seremban Gateway - Buy 1 Free 1 😱😱

Salam semua.. Haa.. Entry kali ni aku nak share pengalaman shopping super jimat kat satu shop di Seremban Gateway semalam.
Bagi korang yang belum tahu, Seremban Gateway ni salah satu shopping mall jugak cuma bagi aku macam tak ada ape sangat lah. 
Sumber gambar by google.com

Kitorang datang situ pun nak lepak2 me time minum kopi kat San Francisco Cafe, maklumlah sejak2 kena work from home ni.. takde masa nak lepak ngan kengkawan.. So ni lah masa nya.. Yang best kat cafe tu ada internet access so boleh lah buat kerja dalam tu sambil layan hazelnut ais..yummyy.. Mesti try ok!!
Sumber gambar by google.com

Macam biasa lah sementara tunggu email supplier masuk dalam inbox. Member ajak pergi tengok gadget kat kedai sebelah.. Kedai apa ye? Jom lah.. teman kan..

Nama kedai yang kitorang walk in tu is MY GADGETS.. 
Sumber gambar by fb.com

Haaa.. ni lah kedai nya.. kemas barang2 tersusun & staff sangat helpful. Ok.. kitorang pun scan MySejahtera pastu masuk meronda.. 
Ok..aku jalan2 dalam tu memang macam2 ada dan tersangkut kat food sealed clip ni.. Barang lawa, material kukuh warna pun menarik.. 1 box ada 12pcs tau.. banyak kan..?? Harga 1 box RM8.. Ermm..mahal lah pulak.
Then mula lah datang bijak, sel2 otak cepat berhubung..nak mintak diskaun memang jangan harap lah kan..ingat ni macam supplier2 aku..boleh nego.. Pastu laju je aku ajak member aku berkongsi bayar..so dari RM8 to RM4 untuk 6pcs..eh ok sangat dah.. bukan nak guna banyak pun. Terbaik lah, member aku pun nak jugak. Deal.. Kita share bayar, aku bayarkan dulu time tu member aku dah gi jalan next kedai Watson, sebelah2 tu jugak.

Sampai kat kaunter nak bayar, eh adik casher tu cakap, "Oh, brand ni ada promo Buy 1 Free 1, boleh ambik lagi 1 box or nak barang lain pun boleh asal sama brand- Mieivc". What?? Buy 1 Free 1?? Ok..ambik lagi 1 box.. So dah super jimat sangat RM4 dapat 1 box-12pcs gaiss.. Adeh..terasa dapat rezeki yang tak disangka2 kn.. Apa lagi, pergi lah shopping selagi ada promo ni.. Sempena Christmas aku rasa ni. 😍😍

Kedai : My Gadgets
Open/Close: 11am-11pm
Location: Seremban Gateway at Ground floor
Direction link: MyGadgets 




Comments