Kepala anak terhantuk pada besi belakang seat kerusi driver.. Koyak panjang & dalam ❗️❗️

Tiada kata nak ungkap dah..
Nasi dah jadi bubur..segala ketakutan aku selama ini benar2 jadi nyata.. aku paling takut kalau ada ahli family yg sakit, lebih2 jadi kat family kecil kitorg ni..

But it's happen wehh.. malang timpa anak aku Inara,5 gara2 tertidur baring je kat seat belakang..selalu je sebelum ni..tapi kali ni Allah uji betul 😐

Kepala anak aku pecah wehhh..koyak😱
Darah banyak😵‍💫. Dia terhantuk pada besi belakang carseat belah driver tu..

Story dia gini, aku ber5 dalam car otw nak g DiY, Auni,7 dah beritahu aku yg Inara tidur..ok aku maklum.. Faiz,9 n Hazim,4 duk seat depan Auni lak duk seat belakang sekali.. So ok selesa lah untuk Inara tidur kan.. Aku pun drive mcm biasa.. Skali nak sampai trafik light Semarak tu, car depan tu tak gerak dengan takde lampu nyerr..aku brek mcm mengejut tapi tak lah kejut sangat..brek yg macam selalu aku tekan je.. Tapi, entah kenapa inara boleh tergolek, jatuh 😱 Tiberr aku dengar bunyi "gunggggg"..macam bunyi benda jatuh.. otak aku mari tangkap anak aku yg tidur tu.. Skali betul.. Menjerit aku, "Adikkkkkk.." Prasaan aku masa tu macam tak doh aroh nk rase dah sebab aku dah aware sebarang kemungkinan.. Auni angkat adik n aku nak check condition adik. Adik menangis, aku on lampu n aku check darah wehh kepala adik berdarah.. time ni rasa nak pecah dada aku, gigil, meraung dah tak boleh fikir apa dah.. Salah aku..salah aku.. Tiber aku sedar jap, aku cuba kawal emo ni n cepat2 aku tekan tempat berdarah tu ngan tangan kanan..aim aku nak drive ke Hospital terdekat je.. Aku nangis, mari 1001 andaian kat otak aku.. aku call laki aku, dah lah dia kerja malam hari ni. Dah macam tak betul dah cakap & aku cakap nak direct g Hospital Nilai, NCi.

Kronologi kejadiannya macam ni;
8:30pm - Waktu kejadian depan simpang 4 nak ke Tmn Semarak, Nilai.

9:03pm - Aku sampai NCi..nurse tolong angkat anak baring kat observation room Bay2, kena daftar bagai.. Laki aku otw dah.

9:11-9:41pm - Baru nurse situ datang dressing luka adik.. bapak lama nak tunggu..aku geram je.. laki aku sampai pun tak buat ape lagi kt adik.

10:02pm - Luka dah balut sementara tunggu doc cakap apa.. tadi nurse cukur rambut adik, bersihkan darah2 n cover bahagian luka.. skali tunggu punya tunggu doc cakap ape.. luka adik panjang 3.8-4cm n dalam gak..memang kena jahit kena full bius jahit dalam bilik oT n kena at least 1 hari monitoring.. masalahnya takde katil utk warded.. katil full..ktorg dah hang.. ktorg call semua hospital yang ade (Kpj, Salam, CMH, Columbia, UCsi .. semua penuhhh).. Aku siap2 tanya estimate kos kt NCi tu anggaran utk kes adik ni..dalam RM4-5k tau..

11:04-11:27pm - Punya lama nak buat surat refer utk ktorg..setel surat setel bill (RM90.75).. So, last choice kena g Hospital Besar Seremban, Htjs lah.. laki aku angkat adik masuk car, dia drive car dia n aku drive car aku skali ngan semua anak.. planning balik rumah dulu, tinggal Faiz n Auni (diorg kena belajar tidur sendiri kat rumah..sebab esok-Khamis sekolah) ktorg ng 2 anak lagi lanjut ke Htjs.. Otw balik tu boleh pulak aku sesat, salah masuk roundbrd adoii..pusing balik.. kol 11:51pm aku baru kat jalan Lbj, simpang4 kedai OmakDen.. laki aku kat umah dah.. Siap2 pesan kt 2 anak besar tidur elok2.. (ni 1st time diorg tidur tanpa ktorg kt rumah.. aku tahu pasti takut tapi tahniah diorg buat task ng bagus sangat 👍👍)

Jam dah 12:24am - Otw sampai Htjs, nampak Hospital Mawar..call2 sama jugak penuh takde katil.. terus laju ktorg ke emergency Htjs.. sampai2, tukar driver..laki aku bawak adik masuk n aku drive cari parking.. tiber aku rasa syukur sangat aku pandai drive..penting sesangat.. aku kira2 dah 4jam adik belum terima jahitan lagi..hati dah risau takot luka tu ada infection je.. Korang tahu kan parking kt Htjs sangatlah limited, aku pun selawat banyak2 n dapat parking walaupun jauh nak menapak tapi still dapat park tu dah rasa syukur. Dapat masuk n yes memang ramai sangat budak2 yg sakit.. dalam hati tak putus berdoa supaya cepat untuk giliran adik.
Tiber Hazim pulak dah ngantuk..aku terpaksa tinggalkan adik n laki aku sendirian tunggu doc..sebenar memang tak boleh temankan pun..only 1 penjaga je..tapi pandai2 lah nak hidup.. So aku n Hazim tunggu dalam car je..

2:36am - Aku wasap tanya khabar apa cer ngan adik.. laki aku cakap dah dalam bilik utk jahit. Laki aku bersama sepanjang proses jahit tu.. adik terima ubat bagi tidur, 2 dos bius kat luka..sebelum nak start jahit tu..

3:15am - Dapat update dari laki aku, "Anak baru siap jahit.masih dlm wad tempat jahit lg ni.tgh monitor dia jap." Syukur..alhamdulillah.
Laki aku cakap adik tak sedar..tapi masa nak last jahitan tadi dia dah mula sedar n nasib baik sempat..fuhhh.. Adik terima 8 jahitan kat kepala 🤕.

3:54am - Segalanya siap, boleh balik.. bill (RM1). Aku pangku adik sepanjang dalam car sambil sembang ngan laki aku supaya dia tak ngantok..ktorg sampai ke rumah dalam kol 4am lebih gitu..yg aku ingt aku solat isyak & sunat hajat utk Inara kol 5:04am dah masa tu..

Kena tidur sekejap.. jap lagi nak trip hantar anak skolah pulak.. aku subuh dah lewat kol 6:54am..

Deeply, aku macam tak boleh terima yang anak aku tidur je kot, bukan melasak dalam car tiber boleh jadi kejadian yg begitu dahsyat bagi aku..😭 Tapi aku kena belajar utk redho ats apa yg dah jadi..pengalamn & pengajaran bg aku.. Maaflah terpanjang entry pengalaman kali ni..tQ sudi luangkan masa baca sampai habis.. Aku harap ni 1st n last ktorg lalui..korang doakn yg baik2 👌
*penuh darah adik kt tudung mama..

Comments